Play

Sabtu, 17 Disember 2011

isu besar

Manusia ni banyak.Yang itu lain caranya,yang ini lain sedihnya.

Sejak kecil,saya diajar untuk tidak melawan.Walau salah macam mana pun pihak yang sana,biasakan diam.Mulut je pumpam pumpam bajet brader,tapi sebenarnya saya samseng yang baik hati.Saya tak minta dilahirkan penyabar begini.Tuhan yang bagi.

Macam biasa,jadi seorang yang penyabar ni lagi banyak puaka daripada kebaikannya.Hidup lebih banyak tahi daripada bunga.Maklumlah,manusia kan suka kencing bersepah.Hancing habis badan saya dikencing.Nak sembang pasal sedih,semua orang sibuk bersedih.Nak sembang pasal kehidupan yang tak sempurna?Ah 3 ratus cawan kopi saya hirup pun belum tentu habis cerita.

Ramai orang buat saya sedih,marah.Tapi apa boleh saya buat melainkan bersabar?Maki?Itu memang cara saya,tapi bukan kepada orang tua.

Saya harap bila saya tua,saya akan lebih bersabar agar anak saya juga bersabar dengan karenah saya.Sekurang-kurangnya taklah saya rasa rugi setelah bersabar berdekad-dekad lamanya.

#aliazhr